Tuesday 13 September 2016

Aidiladha 1437H

Assalamualaikum. Menghilang lagi 😂
Sekarang ni dah masuk sem baru dah. Tu yang takdak mood nak up entry.

Seminggu balik Nilai sana, dah balik kampung balik. Alhamdulillah. Cuti seminggu untuk raya ni. Tapi kena ganti nanti 😑

Raya first penat gila 😣. Sebabnya aku sorang ja yang tinggal. Dua orang lagi abang-abang aku tu, yang boleh la nak diharap buat keja sat-sat. Sat jelah tapinya 😥


*Gambar amik dari sepupu, Kak Yon 😉

Alhamdulillah, tahun ni Ayah buat korban. Tahun-tahun lepas pon buat. Tapi tahun ni Ayah beli lembu sendiri.
So, buat la makan-makan. Ada sup, kerabu perut 😋, daging goreng kicap and ayaq asammmm 😋😋. #dapemmm

Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi tu 😌.

Sepupu aku cakap, pengorbanan aku raya ni adalah dengan ketiadaan orang untuk tolong aku kat dapur. Boleh cakap 70% aku buat. Hahahah. Yang lain-lain, adalah bantuan dari sepupu-sepupu aku. So, semalam memang tak pegi dah beraya rumah mak sedara. Tak mampu dah. Lenguh kaki + mengantukk 😂

Apa-apapon, aku nak ucapkan TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM dan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN 😉🌸

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment